Hal peminat tentang Ginny dalam Harry Potter Ginny_Weasley

Watak Ginny mula mendapat perhatian ramai

Kemunculan Ginny dalam cerita rekaan peminat banyak berkaitan dengan buku Kumpulan Phoenix' dan dia sering digambarkan sebagai naif, baik atau tomboi. Sejak buku kelima dikeluarkan, wataknya sering ditulis oleh peminat mengalahkan cerita asal. Dia sering dipasangkan sama ada dengan Harry atau Draco Malfoy atau kadang kala dengan Hermione.

Reaksi peminat terhadap Ginny sering bercampur aduk. Banyak yang minatnya kerana peranannya dalam buku kelima sementara yang lain mengabaikannya sebagai watak yang tidak penting dan ada yang menganggap wataknya tiada apa melainkan watak yang lemah dan bertentangan dengan watak itu. Kemunculannya dalam buku kelima dan terutamanya keenam telah banyak mengubah persepsi peminat sepertimana juga terhadap Draco dan Snape. Bagi yang tidak suka dengan watak Ginny, mereka mengatakan yang dia tidak sesuai dengan sifatnya. Tetapi tidak bagi peminat Ginny.

Terdapat anggapan selama beberapa tahun yang nama sebenar Ginny ialah Virginia yang disingkatkan kepada Ginny tetapi J. K. Rowling memberitahu kemudiannya dalam lamannya yang nama Ginny ialah Ginevra. Sejak itu, penggunaan Virginia sebagai nama Ginny diabaikan.